Wahai saudaraku sekalian, Allah tidak pernah membebani kita di dalam urusan agama dan Dia memberi kita kemudahan melaksanakan segala suruhanNya.
"Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah:185)
Berdasarkan ayat di atas, kita tidak boleh memberatkan diri kita di dalam beribadah kepada Tuhan. Orang yang memberatkan dirinya sendiri di dalam beribadah, lambat laun akan cepat merasa bosan dan jemu serta tidak mampu melaksanakan ibadah itu lagi. Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali seseorang tidak menyukarkan agama melainkan justeru dia dikalahkan. Maka benarkanlah. Bersahajalah, berilah khabar gembira dan memohonlah pertolongan dengan pergi pada waktu pagi dan petang serta sebahagian dari akhir malam."
Ambillah jalan tengah iaitu tidak meremehkan dan tidak pula berlebih-lebihan. Janganlah kita bertumpu melaksanakan untuk kepentingan akhirat sehingga kita lupa kepentingan dunia.
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi." (Al-Qasas:77)
No comments:
Post a Comment