Thursday, 27 September 2012

Innocence of Muslims

Rata-rata sekarang ini orang bercerita mengenai filem yang begitu mendapat perhatian di seluruh dunia iaitu "Innocence of Muslims".  Bagaimana penerbit dan penulis skrip filem ini mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem seperti itu?  Apakah mereka melakukan perkara ini dengan niat untuk menghina ataupun disebabkan kejahilan mereka mengenai Islam itu sendiri?

Saya sebenarnya merasa kagum dengan mereka ini kerana akhirnya mereka berjaya menyatukan seluruh dunia Islam untuk bersama-sama bangkit menentang serta memulau penerbitan dan penayangan filem ini.  Walaupun selama ini kita perhatikan umat  Islam itu  berpecah-belah mengikut fahaman dan ideologi politik mereka masing-masing, namun disebabkan filem ini, mereka semua akhirnya kembali bersatu di bawah satu panji besar yang bernama ISLAM.

Filem  kontroversi "Innocence of Muslims" dikatakan telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.  Namun tidakkah terfikir oleh kita semua sebagai umat Islam itu sendiri, sejauh manakah kita telah berusaha untuk memertabatkan agama yang kita anuti ini ke tahap yang sepatutnya yang lebih mulia.  Sejauh manakah kita sebagai umat Islam merealisasikan ajaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu di dalam kehidupan seharian kita semua selama ini? 

Jika kita perhatikan, dahulu Rasulullah SAW berdakwah  dengan cara membawa Islam itu sebagai satu cara hidup yang cukup cantik dan indah.  Semua umat manusia tidak kira mereka Islam ataupun tidak dapat melihat dan memahami Islam sebagai satu agama  dan cara hidup yang  sungguh indah dan adil hanya dengan melihat diri dan kehidupan Rasulullah dan para sahabat Baginda pada masa itu, namun sekarang apakah ini yang berlaku?  Adakah Islam itu masih dapat dilihat sebagai cara hidup yang indah oleh semua?   

Nyata sekali kita sendiri telah gagal untuk membawa agama yang suci ini ke tempat yang sepatutnya.  Sesetengah daripada kita hanya Islam pada luarannya sahaja.  Nama sahaja Islam namun penghayatan dan penerapan Islam di dalam kehidupan jauh tersasar.

Sesetengah daripada kita sendiri jahil tentang agama yang kononnya kita sayangi ini.  Jadi tidak hairanlah kenapa orang bukan Islam melihat agama Islam yang suci ini sebagai satu agama yang biasa-biasa sahaja.  Tiada apa yang istimewa pun berbanding dengan agama yang mereka anuti.

Malah kadang-kadang kita perhatikan, orang bukan Islam itu lebih baik peribadi dan tingkah-lakunya berbanding dengan sesetengah daripada kita yang mengaku sebagai seorang muslim.

Ada pula sesetengah daripada kita merasakan dirinya lebih Islam daripada saudara Islam mereka yang lain. Mereka merasa bahawa pendapat mereka lebih benar berbanding dengan pendapat  orang lain. Ada yang sanggup berbalah dan berperang sesama sendiri semata-mata disebabkan oleh perkara-perkara cabang.  masing-masing nak menunjukkan kumpulan merekalah yang betul. Inilah realiti dunia Islam sekarang ini.

Oleh itu, janganlah kita lekas untuk menyalahkan orang luar yang langsung tidak memahami Islam dalam erti kata yang sebenar-benarnya.  Tetapi salahkanlah diri kita sendiri yang gagal untuk membawa Islam yang indah ini ke dalam kehidupan seharian kita.

Bangkit lah wahai saudara-saudaraku sekalian.  Marilah kita semua kembali bersatu.  Ayuh kita lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang secukup-cukupnya agar kita tidak menyimpang daripada landasan agama yang benar ini.  Marilah kita sama-sama membawa agama kita yang suci ini ke dalam kehidupan kita agar mereka yang bukan Islam dapat melihat kebenaran dan keindahannya yang sebenar.
 
 

Wednesday, 26 September 2012

HAJI WANITA

HAJI merupakan  satu kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya sama ada lelaki atau wanita. Bagi wanita, haji adalah satu jihad seperti dinyatakan di dalam hadis bermaksud:
 
 "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita ialah haji dan umrah." (Sunan an-Nasaa'i)
 
Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW yang maksudnya: "Ya Rasulullah, setahu kami jihad adalah amal yang paling afdal. Maka, apakah kami dituntut supaya pergi berjihad?" Baginda bersabda: "Tidak! Tetapi jihad yang paling afdal (bagi kalian) ialah haji yang mabrur." (Sahih al-Bukhari)
 
Untuk memperoleh haji mabrur, ia memerlukan kefahaman dan penghayatan tulus ikhlas dalam beribadat. Jemaah haji wanita perlu memahami hukum-hakam dan permasalahan berkaitan kewanitaan seperti mahram, haid, nifas, istihadah serta edah.
 
Jika tidak difahami dan diperingatkan, mungkin akan timbul kekeliruan atau salah faham yang mengakibatkan terjejasnya ibadat haji atau umrah.
 
Mahram
 
Syarat wajib haji bagi wanita selain daripada Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan ialah mendapat keizinan suami atau wali dan ditemani suami atau mahram atau kumpulan wanita yang thiqat (dipercayai).
 
Mereka juga mestilah tidak berada dalam edah. Berdasarkan pendapat Mazhab Syafi'e, wanita yang tidak mendapat keizinan tidak wajib ke atasnya menunaikan haji dan tidak berdosa walaupun dia sudah memenuhi syarat yang lain.
 
Oleh itu, seorang wanita yang hendak menunaikan haji hendaklah ditemani suami atau mahram atau teman wanita yang dipercayai.
 
Sepanjang berada di tanah suci, mereka tidak dinasihatkan keluar bersendirian sama ada ke masjid, menunaikan umrah, ziarah atau sebagainya demi menjaga keselamatan dan mengelakkan fitnah serta sebarang kemungkinan tidak diingini.
 
Jika seseorang jemaah wanita hendak menunaikan umrah atau ziarah, sedangkan suami atau mahramnya tidak dapat pergi bersama, maka dia hendaklah ditemani wanita yang boleh dipercayai.
 
Jemaah lelaki bukan mahram tidak boleh dijadikan teman untuk tujuan berkenaan. Begitu juga menumpang suami kepada jemaah wanita lain, lebih baik dielakkan walaupun isterinya ikut bersama.
 
Haid
 
Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita. Kedatangannya pada setiap bulan satu daripada ciri kewanitaan tulen serta lambang kesuburannya. Haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah.
 
Aisyah meriwayatkan: "Kami keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci. (Sahih al-Bukhari)
 
Berdasarkan hadis itu, amalan selain tawaf seperti berniat haji atau umrah, wukuf di Arafah, sa'ie, mabit di Muzdlifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan.
 
Wanita yang didatangi haid ketika mengerjakan Haji Tamattu' iaitu sebelum berniat ihram, dia didatangi haid, maka dia hendaklah berniat ihram seperti biasa selepas melaksanakan sunat-sunat ihram seperti mandi dan lain-lain kecuali solat sunat ihram. Kemudian dia hendaklah menunggu hingga suci barulah disempurnakan umrah. Jika haid berterusan sehingga tiba waktu wukuf, hendaklah dia berniat ihram haji dan jadilah hajinya Haji Qiran dan diwajibkan dam Qiran.
 
Bagi wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran, dia hendaklah menyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya boleh dilakukan selepas bersuci. Jika haid berterusan hingga tiba waktu berangkat keluar dari Mekah, dia mestilah menunda tarikh keberangkatan sehingga dia suci dan mengerjakan tawaf rukunnya.
 
Jika keberangkatan tidak boleh ditangguhkan dan jemaah terpaksa berangkat segera, maka apabila sampai ke negerinya, dia hendaklah melakukan tahalul Ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahalul (tahalul Ihsar). Tawafnya dan amalan lain yang belum selesai wajib dilaksanakan pada masa akan datang.
 
Kadangkala berlaku masalah darah haid keluar berselang hari. Berdasarkan Imam Syafi'e, darah yang keluar berselang hari tidak melebihi 15 hari 15 malam adalah dikira darah haid. Tempoh itu dikira tempoh haid. Contohnya, hari pertama hingga kelima darah keluar berturut-turut, hari keenam tidak keluar, kemudian hari ketujuh hingga ke-10 keluar lagi, ke-11 dan 13 berhenti kemudian, 14 dan ke-15 keluar semula. Darah yang keluar selepas itu, iaitu selepas hari ke 15 tidak lagi dikira haid. Sebaliknya ia darah istihadah.
 
Dalam keadaan ini, jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid sebelum sempat menyempurnakan umrahnya. Selepas lima hari, dia melihat darah tidak keluar, dia bersuci lalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktu malam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Dalam keadaan ini tahallulnya tidak sah. Dia mesti ulangi semula tawaf, sa'ie dan tahalul apabila sudah suci daripada haid. Dia juga dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya.
 
Ada pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'e, tempoh bersih antara haid itu (dikenali sebagai Fatrah Naqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengan syarat tempoh suci itu melebihi 24 jam.
 
Umpamanya pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian dia menyelesaikan umrahnya. Pukul 3 petang hari berikutnya darah keluar semula, maka umrahnya itu sah. Namun, jika darah keluar sebelum pukul 12 tengah hari berikutnya, maka umrahnya tidak sah.
 
Haid adalah sesuatu yang telah ditentukan sejak azali ke atas wanita. Jadi ia tidak boleh dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji. Haid tidak menghalang wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitullah.

TABIAT SUKA MENANGGUH KERJA

Pernah tak anda merasa malas dan berkira-kira untuk melakukan sesuatu pekerjaan?  Kadang-kadang kita tahu kita harus menyiapkan kerja tersebut, tetapi kita tangguhkan untuk dilakukan di masa yang akan datang.  Bila?  Kita sendiri tidak tahu.  Akhirnya kita terlupa dan kerja tersebut terbengkalai begitu sahaja.

Tabiat suka menangguhkan kerja merupakan satu tabiat yang amat tidak baik dan merugikan.  Selain daripada gagal merealisasikan matlamat, tabiat suka melengahkan kerja ini juga akan membawa masalah-masalah lain yang serius di dalam hidup kita.  Ia boleh menambahkan stress, memberi kesan negatif kepada pendapatan, mengeruhkan perhubungan dan juga boleh menjejaskan kesihatan. 
 
Bayangkan, jika kita seorang businessman.  Disebabkan kita sentiasa menangguhkan kerja sehingga ke saat akhir,   kita akan bekerja di dalam tekanan untuk menyiapkan tugas tersebut.  Kemungkinan kita tidak dapat menyiapkan permintaan pelanggan tersebut ataupun kalau siap pun, mungkin kualiti yang dihasilkan tidak memuaskan hati pelanggan. Disebabkan ini, hubungan kita dengan pelanggan akan terjejas dan akhirnya peluang untuk kita berurusniaga dengan mereka di masa akan datang mungkin tidak akan ada.    

Sebab-sebab seseorang itu suka menangguhkan pekerjaan adalah:-
 
1.  Tidak serius di dalam membuat sesuatu keputusan.
2.  Tiada matlamat hidup yang jelas.
3.  Tiada deadline di dalam mencapai matlamat.
4.  Terlalu banyak alasan untuk menangguhkan kerja.

Biasanya seseorang yang suka menangguhkan kerja tidak akan berjaya di dalam hidup mereka.  Selagi mereka tidak mahu mengubah tabiat dan cara pemikiran mereka,sukar untuk mereka bersaing dengan orang lain. 

Sebagai seorang manusia yang bijak, kita harus pandai menguruskan masa kita agar kita tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi di masa akan datang. 
 
"YOU MAY DELAY, BUT TIME WILL NOT"

JANGAN MENGELUH


Hidup dan cabaran merupakan dua perkara yang sentiasa saling berhubung kait di antara satu sama lain.  Tiada seorang pun manusia yang hidup di muka bumi mengalami perjalanan hidup yang sentiasa senang tanpa sebarang dugaan dan cabaran.  Mesti ada suatu saat dan ketika di dalam kehidupan kita akan diuji dan dicabar oleh Sang Pencipta.

Cabaran itu ada berbagai bentuk.  Ada orang yang diuji dengan kesenangan dan kemewahan.  Ada pula orang yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan.  Masing-masing tidak sama nasib kehidupan mereka.  Bergantung kepada sejauh mana kekuatan yang mereka ada.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"  (Surah Al-Baqarah:286)

Setiap cabaran dan ujian yang diberikan pasti ada disediakan jalan penyelesaiannya.  Cuma kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha dengan penuh kesabaran dan sentiasa bertaqwa kepadaNya.

"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.  Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya keperluannya."  (Surah Al-Talaq:2-3)

Dan bagi setiap cabaran yang ditempuhi hendaklah kita terima dengan hati yang redha.  Hanya dengan yang demikian barulah kita boleh maju kehadapan dan melangkah setapak lagi ke tahap yang lebih tinggi dan lebih baik.  Jangan kita asyik mengeluh dan merintih kerana dengan berbuat demikian masalah tetap tidak akan selesai. 


"Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.  Sebaliknya senyumlah nescaya anda akan behagia."

"Jangan menunggu orang memahami kita.  Sebaliknya fahamilah orang disekeliling kita, nescaya mereka akan memahami kita." 

"Jangan menunggu boleh, baru nak melakukan.  Sebaliknya lakukan dahulu, pasti kita boleh."

"Jangan menunggu berjaya baru nak bersyukur.  Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada, InsyaAllah akan bertambah kejayaan kita nanti."

Thursday, 20 September 2012

TERTIPU




Mengapa wanita mudah sangat tertipu.  Lihat saja berita hari ini.  Wanita yang tertipu dengan tawaran pekerjaan yang dijanjikan gaji yang amat lumayan telah dirogol dan disamun. 
 
Yang peliknya begitu banyak kes-kes seperti ini telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan televisyen, namun masih ramai juga yang seperti tidak peka tentang perkara ini.  Adakah ini disebabkan oleh sikap tidak mengambil tahu masyarakat ataupun kita begitu bodoh sehingga tidak boleh membezakan yang mana betul dan yang mana salah.
 
Sepatutnya selidiklah dahulu dengan teliti sesuatu perkara sebelum mempercayainya.  Adakah logik ataupun tidak tawaran yang dinyatakan.  Jangan cepat terpedaya dengan angka yang dipaparkan. 
 
Jadilah manusia yang bijak menilai.  Jangan ikut perasaan sebaliknya gunakanlah akal yang Allah kurniakan sebelum bertindak.  Jadilah masyarakat yang perihatin.
 

PERBEZAAN RUMAH




KOLEKSI DOA DIMURAHKAN REZEKI DI KALA KESEMPITAN


Koleksi Doa Di Murahkan Rezeki Di Kala Kesempitan


Berikut ialah Koleksi Doa Di Murahkan Rezeki Di Kala Kesempitan yang boleh diamalkan.
 
“Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan.” – (Surah Hud:6)
 
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy’ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.
 
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
 
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu.
 
Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
 
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.

Credit to iluvislam.com
 
Blog Widget by LinkWithin
 

 

SUJUD TILAWAH/SUJUD SYUKUR


Sujud syukur dilaksanakan untuk menyatakan tanda terima kasih kita sebagai hambaNya terhadap Allah SWT di atas sesuatu nikmat atau cita-cita yang telah ditunaiNya.

Sujud ini dibuat di luar solat dengan sekali sujud sahaja.

Syarat-syaratnya:-
1.  Suci daripada hadas dan najis.
2.  Menutup aurat.
3.  Mengadap qiblat.
4.  Masuk ke dalam pekerjaan sujud tersebut.

Rukun-rukunnya:-
1.  Berniat: "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah"
2.  Takbiratul-ihram.
3.  Sujud sekali.
4.  Memberi salam.

Bacaannya:-
Doa yang dibaca di dalam sujud syukur adalah seperti berikut:-
 


Add caption

Wednesday, 19 September 2012

4 MAKANAN PALING BAIK UNTUK WANITA


1.  Daging Kerbau

Disebabkan keluar darah haid setiap bulan, wanita akan cenderung utk berasa lebih lemah berbanding dengan lelaki.  Untuk mendapatkan semula kandungan zat besi yang diperlukan, daging kerbau merupakan sumber yang terbaik.  Daging kerbau tanpa lemak merupakan diet makanan paling baik untuk wanita kerana ia dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan berat badan.

2.  Betik

Betik mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding dengan oren.  Sebiji betik yang bersaiz sederhana mengandungi 188 mg vitamin C dan hanya 119 kalori.  Ianya merupakn sumber vitamin yang terbaik untuk wanita.

3.  Taufu

Makanan ini mengandungi protien soya yang tinggi dan dapat membantu untuk meminimumkan kesan menopaus, menguatkan tulang dan mengurangkan kolesterol.  Kandungan 50 hingga 76 mg isoflavones dapat membantu untuk mengurangkan kesan menopaus.  Setengah cawan taufu mengandungi sekitar 25 hingga 35 mg isoflavones.

4.  Sayuran Hijau

Sayuran hijau dapat membantu untuk memerangi osteoporosis yang dihadapi oleh ramai kaum wanita.  Para penyelidik membuktikan bahawa sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti sawi, bayam dan brokoli adalah merupakan sumber terbaik untuk vitamin K (minimum 109 mikrogram dari vitamin harian).  Berkemungkinan hanya 30% sahaja mengalami patah tulang pinggul berbanding wanita yang tidak memakannya.


Sumber petikan dari Majalah Rapi

Sunday, 9 September 2012

RUMAH TERBUKA HARIRAYA

Banyak sungguh rumah terbuka di buat, lebih-lebih lagi di bandaraya Kuala Lumpur ini.  Semakin dekat Syawal ingin meninggalkan kita, semakin banyaklah rumah terbuka dilakukan.  Rata-rata orangramai tidak mahu ketinggalan untuk beramal dan bersedekah dengan membuat rumah terbuka ini.
 
Tetapi, tahukah kita apakah niat sebenar kita menganjurkan rumah terbuka? Adakah benar untuk beramal dan bersedekah ataupun untuk bermegah-megahan dengan kelebihan dan kemewahan yang kita miliki?
 
Adalah tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk menganjurkan rumah terbuka dengan menjemput semua saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga.  Malah Islam begitu menggalakkan umatnya untuk melakukan amal kebaikan ini dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara umatnya.  Amalan ziarah-menziarahi, menghubungkan tali silaturrahim sesama insan, bermaaf-maafan, dan menjamu para tetamu yang hadir, kesemuanya ini merupakan amalan yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”. (Hadis Riwayat Muslim).
 
Namun sejauh manakah tujuan ini dapat dicapai?
 
Kita lihat fenomena sekarang, rumah terbuka dibuat dengan menjemput orang-orang tertentu sahaja.  Yang kaya dan berkedudukan, hanya menjemput golongan yang setaraf dengan mereka sahaja.  Kadang-kadang, jiran-jiran yang tinggal bersebelahan juga tidak diundang ke rumah terbuka kita dengan alasan tidak saling mengenali.  Jadi sampai bilakah ini hendak berlaku?
 
Di dalam Islam, jiran tetangga itulah yang sepatutnya kita utamakan.  Namun realitinya sekarang, inilah yang banyak berlaku di kalangan saudara-saudara kita.  Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:-
 
" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".
 
Rasulullah S.A.W juga  telah memberi peringatan kepada kita dengan sabdanya yang bermaksud :

" Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ". (Hadis riwayat Bukhari)
 
 
Kita juga dilarang daripada melakukan pembaziran dan berlebih-lebihan sewaktu mengajurkan rumah terbuka.  Seelok-eloknya kita bersederhana.  Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
 
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Sebagai rumusannya, penganjuran majlis rumah terbuka sepertimana yang telah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia adalah satu amalan yang baik dan wajar diteruskan. Namun, seperti yang telah saya jelaskan, ianya perlu dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara, agar penganjuran majlis ini diberkati oleh Allah SWT kerana menepati ketetapan syarak, serta jauh daripada perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan penganjuran majlis ini, silaturrahim umat Islam menjadi semakin utuh dan kuat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

TIPS UNTUK MENGELAKKAN JENAYAH DI KEDIAMAN ANDA

 

Tips-tips dibawah adalah hasil usaha oleh Polis DiRaja Malaysia untuk memberi kesedaran kepada kita:-
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggudiluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depanmereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuatpanggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkananda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber drpd: Bukit Aman PDRM

Wednesday, 8 August 2012

RABIATUL-ADAWIYAH



Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah merupakan seorang wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia telah dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq di dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Bapanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam di dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelum itu terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat begitu berleluasa. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali dari kehidupan masyarakat di situ.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar mereka tidak terjerumus ke dalam kancah fitnah dan maksiat. Pada masa tersebut muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka telah menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah perputus asa di dalam  mensyukuri nikmat Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi seorang muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya berpandukan al-Quran semata-mata. Hasilnya, Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran keseluruhannya. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya mempunyai jiwa yang halus, keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Setelah mencapai alam kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan bondanya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan bagi membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah daripada Allah SWT dan dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali ke jalan yang benar dan bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedarkan serta mendorong hati kita untuk merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Di antara ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah SWT:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga menangis,  memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan beliau, sehinggalah fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Rabi’ah pernah menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mencintai yang lain selain daripada Allah SWT. Beliau terus-menerus mencintai Allah dengan  tujuan untuk mencapai keredaan Allah semata-mata. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat dan beliau sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari bagi mengingati kematian.

Selama 30 tahun beliau mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada tahun 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. 

 
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”


Tuesday, 7 August 2012

KELEBIHAN AYAT KURSI

Ayat Kursi yang sering kita amalkan selepas setiap kali kita solat limA waktu merupakan suatu ayat yang mulia di dalam al-Quran.  Intipati nama dan sifat-sifat Allah sebanyak 99 itu diungkapkan di dalam satu ayat hanya pada ayat Kursi.

Di dalam ayat ini, terdapat kata "Kursi Allah" yang meliputi langit dan bumi yang membawa maksud, kekuasaan Allah SWT itu meliputi langit dan bumi.

Pernah diriwayatkan, suatu ketika para sahabat sedang bertukar fikiran tentang ayat-ayat yang paling mulia, Ali berkata kepada mereka: "Bagaimana pandangan kamu tentang ayat Kursi?" Ali kemudian berkata: "Rasulullah SAW berkata kepadaku 'Hai Ali, penghulu sekalian manusia adalah Adam, penghulu bangsa Arab adalah Muhammad tanpa rasa sombong, kalam yang terbaik adalah al-Quran, penghulu al-Quran adalah al-Baqarah dan penghulu al-Baqarah adalah ayat Kursi'."

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan keutamaan ayat Kursi, misalnya yang diriwayatkan Ali bin Abi Talib. Hadis itu berbunyi: "Tidak dibaca ayat ini (ayat Kursi) dalam sebuah rumah kecuali syaitan-syaitan lari meninggalkannya selama 30 hari dan tukang sihir laki-laki dan wanita tidak akan memasukinya selama 40 hari."

Ali juga menceritakan bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW berkhutbah di atas mimbar dan berkata: "… dan barang siapa yang membacanya pada saat tidurnya, Allah akan mengamankannya, tetangganya, tetangga dari tetangganya dan rumah-rumah yang ada sekitarnya."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawaih, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap penghujung solat wajib, maka tidak ada yang mencegahnya masuk syurga kecuali kematian dan tidak ditetapkan padanya kecuali sebagai siddiq (benar atau jujur) dan abid (tekun beribadah)."

Sama-samalah kita beramal dengannya.

KEPENTINGAN DOA

Berdoa merupakan satu ibadah yang dapat menghubungkan hati dan fikiran seorang hamba dengan Tuhannya.  Setiap kali kita berdoa, kita akan menumpukan sepenuh perhatian memohon pertolongan Allah dengan penuh rasa rendah diri.  Orang yang berdoa namun di dalam dirinya masih ada sifat-sifat angkuh dan bangga diri, maknanya dia belum lagi menjadi mukmin yang sejati. 


 Allah swt tidak suka kepada hamba-Nya yang tidak pernah memohon doa kepada-Nya.  Firman Allah di dalam surah al-A'raf ayat 55-56 yang bermaksud:-

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batasan.  Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan kepadanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan.  Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik."

Dan orang yang sentiasa berdoa kepada Allah amat dikasihi olehNya, sebaliknya Allah membenci orang yang tidak mahu berdoa kepadaNya. 

"Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya" (HR Tirmizi)

Tetapi timbul pula pertanyaan, kita sering berdoa tetapi kenapa doa kita tidak dimakbul Allah SWT?

Seorang sahabat Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Wahai Sa'ad, makanlah makanan baik (lagi halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak dikabulkan doanya selama 40 hari.
“Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram maka neraka layak untuknya”. (Riwayat Thabrani)


Ada juga doa kita yang Allah tangguhkan waktu makbulnya atas sebab-sebab yang hanya Dia sahaja yang mengetahuinya.

"Tidak ada seorang Muslim yang mengadap wajahnya kepada Allah untuk berdoa melainkan Allah memenuhi nya, kadangkala disegerakan dan kadangkala diperlambatkan."  (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)


Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.

"Ingatlah; Inginkah kamu semua aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kamu dari musuh-musuh dan memudahkan rezeki?  maka berdoalah kamu semua kepada Allah di waktu malam dan waktu siang.  sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin."  (hadis riwayat Abu Ya'la)

Terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi)

Adalah menjadi tanggungjawab kita umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.

Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insya-Allah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-menfitnah dan penganiayaan dalam keluarga dan masyaraka.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kita terutamanya di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.  Pohonlah keampunan daripada Allah di atas segala dosa dan maksiat yang kita telah lakukan, semoga Allah menerima taubat kita.  Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Fussilat, ayat 46 yang bermaksud:-

 “Sesiapa yang mengerjakan amal salih, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya."

Friday, 27 July 2012

KASIH ALLAH

KASIH ALLAH

Terjumpa ini di facebook.  Rasanya baik untuk dikongsi bersama-sama dengan anda semua.

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu  Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir  zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata:

 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.  Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

SubhanAllah...begitu kasih dan sayangnya Allah kepada kita semua.

Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosa ku...Amiiin







Monday, 20 February 2012

KEPENTINGAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW


Allah SWT dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda. Yang demikian jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Imam al-Tabari menjelaskan dalam tafsirnya, selawat dalam ayat ini bermaksud 'memberkati'. Dengan kata lain, Allah SWT dan para malaikat mengucapkan keberkatan ke atas baginda Rasulullah SAW.

Selepas turun ayat ini baginda membacakannya kepada para sahabat, di antara sahabat ada yang bertanya:
"Wahai Rasulullah ucapan Salam ke atas tuan telah kami ketahui, bagaimana pula dengan ucapan selawat? Lantas baginda mengajarkan mereka mengenai selawat: Allahumma solli 'Ala Muhammad wa 'ali Muhammad wa baarik 'ala Ibrahim wa 'ala 'Ali Ibrahim, innaka hamidun majid.

Di kalangan ulama berpendirian bahawa selawat yang diperintahkan Allah ke atas orang yang beriman adalah wajib, dikira berdosa bagi mereka yang tidak berselawat ke atas baginda.  Mereka yang banyak berselawat pastinya akan dapat merasakan kehebatan dan keberkatan selawat ke atas baginda.

Selawat ke atas baginda SAW adalah suatu yang tidak wajar diabaikan, sedang Allah SWT dan para malaikat sentiasa bahkan berterusan akan berselawat ke atas baginda, iaitu mengucapkan keberkatan ke atas baginda. Di dalam kitab-kitab hadis, para ulama mensyarahkan bahawa jika selawat daripada Allah SWT maksudnya, puji-pujian. Jika selawat itu daripada para malaikat adalah bermaksud doa. Di antara kelebihan dan keutamaan selawat ke atas baginda dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
  • "Sesiapa yang berselawat ke atas aku di pagi hari sebanyak 10 kali dan di kala petang 10 kali maka dia akan beroleh syafaatku. (riwayat al-Tabraniy)

  •  "Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat adalah orang yang banyak selawatnya ke atas aku". (riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Hibban)

  • "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah berselawat ke atasnya 10 kali dan dihapuskan baginya 10 kesalahan dan diangkat 10 darjat. (riwayat Ahmad)

Sebagai seorang Muslim yang inginkan cinta Rasulullah SAW pastinya akan banyak berselawat ke atas baginda. Mustahil bagi akal apabila mengaku cinta tetapi tidak disebut dan disuburkan cinta tersebut dengan berselawat.  Sesungguhnya mereka yang membanyakkan selawat ke atas baginda dengan penuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi ke atas baginda akan melayakkan diri untuk beroleh syafaat Rasulullah SAW.

Ada beberapa riwayat yang menyebut bahawa selawat dan salam yang diucapkan oleh seseorang ke atas baginda SAW akan disampaikan oleh malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan salam dan sejahtera yang diucapkan oleh seseorang kepada baginda SAW.  Bayangkan, hari ini kalau ada di antara kita yang berselawat ke atas Rasulullah SAW kemudian selawat dan salam itu disampaikan oleh malaikat kepada nabi SAW, indahnya hari tersebut.

Maka bagi beroleh keberkatan hidup dan kasih sayang Allah SWT maka memperbanyakkan selawat seharusnya menjadi rutin dalam diari kehidupan seharian. Beruntunglah mereka yang membanyakkan selawat ke atas baginda dan rugilah mereka yang mengabai dan melengahkan selawat ke atas baginda SAW

Monday, 13 February 2012

ANGIN AHMAR



Sejarah Doa Angin Ahmar a.k.a Penyakit Tamparan Syaitan
Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam d...ikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.  Amin