Tips-tips dibawah adalah hasil usaha oleh Polis DiRaja Malaysia
untuk memberi kesedaran kepada kita:-
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang
diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2.
Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur
(Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan
mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri
mereka).
3.
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam
(pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini
adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggudiluar pintu rumah untuk masuk
(Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4.
Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah
malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5.
Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.
6. Bawa
alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off"
kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa
peka).
7.
Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke
dalam rumah.
8.
Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila
dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka
ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depanmereka, mereka akan menundukkan
kepala).
9.
Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku
saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri
nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada
anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi
atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan
satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuatpanggilan kecemasan sekiranya
anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti
polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam
handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkananda untuk membuat sebarang
panggilan telefon.
12.
Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik
alarm.
13.
Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan
menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan
angin.
14.
Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya
mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu
pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15.
Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai
Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan
anda.
16.
Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda
baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum
tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan
pencuri).
17.
Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam
(Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci
pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18.
Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat
mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19.
Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila
keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang
kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar
padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci
pendua.
21.
Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja
asing.
Sumber drpd: Bukit Aman PDRM
No comments:
Post a Comment