Hidup dan cabaran merupakan dua perkara yang sentiasa saling berhubung kait di antara satu sama lain. Tiada seorang pun manusia yang hidup di muka bumi mengalami perjalanan hidup yang sentiasa senang tanpa sebarang dugaan dan cabaran. Mesti ada suatu saat dan ketika di dalam kehidupan kita akan diuji dan dicabar oleh Sang Pencipta.
Cabaran itu ada berbagai bentuk. Ada orang yang diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Ada pula orang yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Masing-masing tidak sama nasib kehidupan mereka. Bergantung kepada sejauh mana kekuatan yang mereka ada.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah:286)
Setiap cabaran dan ujian yang diberikan pasti ada disediakan jalan penyelesaiannya. Cuma kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha dengan penuh kesabaran dan sentiasa bertaqwa kepadaNya.
"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya keperluannya." (Surah Al-Talaq:2-3)
Dan bagi setiap cabaran yang ditempuhi hendaklah kita terima dengan hati yang redha. Hanya dengan yang demikian barulah kita boleh maju kehadapan dan melangkah setapak lagi ke tahap yang lebih tinggi dan lebih baik. Jangan kita asyik mengeluh dan merintih kerana dengan berbuat demikian masalah tetap tidak akan selesai.
"Jangan menunggu bahagia baru tersenyum. Sebaliknya senyumlah nescaya anda akan behagia."
"Jangan menunggu orang memahami kita. Sebaliknya fahamilah orang disekeliling kita, nescaya mereka akan memahami kita."
"Jangan menunggu boleh, baru nak melakukan. Sebaliknya lakukan dahulu, pasti kita boleh."
"Jangan menunggu berjaya baru nak bersyukur. Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada, InsyaAllah akan bertambah kejayaan kita nanti."
No comments:
Post a Comment