Sujud syukur dilaksanakan untuk menyatakan tanda terima kasih kita sebagai hambaNya terhadap Allah SWT di atas sesuatu nikmat atau cita-cita yang telah ditunaiNya.
Sujud ini dibuat di luar solat dengan sekali sujud sahaja.
Syarat-syaratnya:-
1. Suci daripada hadas dan najis.
2. Menutup aurat.
3. Mengadap qiblat.
4. Masuk ke dalam pekerjaan sujud tersebut.
Rukun-rukunnya:-
1. Berniat: "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah"
2. Takbiratul-ihram.
3. Sujud sekali.
4. Memberi salam.
Bacaannya:-
Doa yang dibaca di dalam sujud syukur adalah seperti berikut:-
![]() |
| Add caption |

No comments:
Post a Comment