Banyak sungguh rumah terbuka di buat, lebih-lebih lagi di bandaraya Kuala Lumpur ini. Semakin dekat Syawal ingin meninggalkan kita, semakin banyaklah rumah terbuka dilakukan. Rata-rata orangramai tidak mahu ketinggalan untuk beramal dan bersedekah dengan membuat rumah terbuka ini.
Tetapi, tahukah kita apakah niat sebenar kita menganjurkan rumah terbuka? Adakah benar untuk beramal dan bersedekah ataupun untuk bermegah-megahan dengan kelebihan dan kemewahan yang kita miliki?
Adalah tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk menganjurkan rumah terbuka dengan menjemput semua saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Malah Islam begitu menggalakkan umatnya untuk melakukan amal kebaikan ini dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara umatnya. Amalan ziarah-menziarahi, menghubungkan tali silaturrahim sesama insan,
bermaaf-maafan, dan menjamu para tetamu yang hadir, kesemuanya ini merupakan
amalan yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa
dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah,
apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”.
(Hadis Riwayat Muslim).
Namun sejauh manakah tujuan ini dapat dicapai?
Kita lihat fenomena sekarang, rumah terbuka dibuat dengan menjemput orang-orang tertentu sahaja. Yang kaya dan berkedudukan, hanya menjemput golongan yang setaraf dengan mereka sahaja. Kadang-kadang, jiran-jiran yang tinggal bersebelahan juga tidak diundang ke rumah terbuka kita dengan alasan tidak saling mengenali. Jadi sampai bilakah ini hendak berlaku?
Di dalam Islam, jiran tetangga itulah yang sepatutnya kita utamakan. Namun realitinya sekarang, inilah yang banyak berlaku di kalangan saudara-saudara kita. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:-
" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia
hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia
memuliakan tetamunya ".
Rasulullah S.A.W juga telah memberi peringatan kepada kita dengan sabdanya yang bermaksud :
" Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ". (Hadis riwayat Bukhari)
" Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ". (Hadis riwayat Bukhari)
Kita juga dilarang daripada melakukan pembaziran dan berlebih-lebihan sewaktu mengajurkan rumah terbuka. Seelok-eloknya kita bersederhana. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan
haknya masing-masing; dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros dan
melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara
syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya.”
Sebagai rumusannya, penganjuran majlis rumah terbuka sepertimana yang telah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia adalah satu amalan yang baik dan wajar diteruskan. Namun, seperti yang telah saya jelaskan, ianya perlu dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara, agar penganjuran majlis ini diberkati oleh Allah SWT kerana menepati ketetapan syarak, serta jauh daripada perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan penganjuran majlis ini, silaturrahim umat Islam menjadi semakin utuh dan kuat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia
menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
No comments:
Post a Comment