Sunday, 5 February 2012

SUNNAH RASULULLAH

Bulan ini merupakan bulan kelahiran Rasulullah S.A.W.  Umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan ini saban tahun dengan pelbagai acara.  Namun apakah dengan berbuat demikian sudah cukup untuk menggambarkan bahawa kita sudah menyintai Baginda dengan erti kata yang sebenarnya?

Dari As-Sajzi dari Anas ra.  Nabi SAW telah bersabda :-

" Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!"

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku:
"Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu!"

 Kemudian beliau menyambung pula:
"Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! "  (Riwayat Tarmidzi)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda:-
Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid."

 Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah bersabda:-
Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api." (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya:-
Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!"

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: -
"Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!"

Marilah kita sama-sama pelajari dan mempraktikkan sunnah Baginda di dalam hidup kita seharian agar kita semua dapat bersama-sama Baginda di dalam syurga nanti, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment